malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Pengurus Man City belum fikirkan gelaran
Diterbitkan:  Sep 26, 2016 11:44 AM
Dikemaskini: 3:54 AM
ADS

Pengurus Manchester City (Man City), Pep Guardiola, mengakui tidak menjangkakan pasukan akan tampil luar biasa pada musim ini.

Bahkan, jurulatih berusia 45 tahu itu juga belum fikirkan sasaran meraih gelaran walaupun kini berada di puncak persaingan EPL.

setakat ini mereka berjaya menyapu bersih kemenangan dalam enam perlawanan. Terbaru, Sergio Aguero dan rakan-rakannya menewaskan Swansea City 3-1, Sabtu lalu.

"Saya tidak fikirkan apa yang berlaku di awal musim. Kami hanya fokus pada pramusim, seterusnya kami sangat yakin untuk tampil pada kelayakan Liga Juara-juara dan percayakan diri sendiri setiap kali perlawanan," katanya seperti dilaporkan Sky Sport.

"Kini kami sedang bersiap untuk menentang Celtic sebelum berdepan Tottenham. Begini (saja) cara kami untuk ke depan.

"Pada akhir musim, kita akan mengetahui tahap mana dan adakah kami lebih baik daripada lawan atau sebaliknya," tambahnya.

Walaupun persembahan Man City terus melonjak, Guardiola mengatakan mereka tak fikirkan soal gelaran.

"Sejujurnya, saya hanya fikirkan untuk melepasi saingan awal Liga Juara-juara," ujarnya.

Katanya lagi, peluang pasukan untuk meraih tiket ke Liga Juara-juara agak sukar susulan persaingan juga hebat di EPL.

"Manchester United beraksi sangat baik ketika bertemu Leicester City. Liverpool juga bermain dengan sangat baik.

"Sama juga dengan Tottenham dan Arsenal. Everton mungkin menelan kekalahan sebelum ini, tetapi mereka semua kuat," jelas jurulatih kelahiran Sepanyol itu.
 

Lihat Komen