malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Pogba dulu, sekarang tak perlu berbeza
Diterbitkan:  Aug 23, 2016 6:28 PM
Dikemaskini: 12:07 PM
ADS

Ada beban besar terpikul di bahu Paul Pogba sebaik menjadi 'pemain emas' Manchester United (MU) dengan mencatat nilai perpindahan tertinggi dalam sejarah bola sepak dunia.

Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu tetap diminta tampil seperti biasa walaupun wujud harapan begitu besar diletakkan padanya.

Bekas pemain Juventus itu dituntut untuk membuat penampilan seperti bintang bola sepak Barcelona, Lionel Messi atau pun Cristiano Ronaldo di Real Madrid.

Prestasi kedua-dua pemain itu dijadikan sandaran untuk Pogba susulan penampilan mengagumkan mereka di pelbagai kejohanan bersama kelab masing-masing.

Nilai £89 juta (RM473. 3 juta) memberi tekanan berat yang terpaksa ditanggung untuk menjadi pemain tonggak The Red Devils.

Namun sesetangah orang menilai, Pogba tidak perlu risau dengan hal itu dan dia perlu tampil seperti ketika bersama Juventus.

"Saya penyokong tegar Pogba. Dia seorang pemain hebat, tidak diragukan lagi tetapi dalam masa sama saya yakin EPL itu berbeza.

"Dan ada tekanan besar untuknya kerana harga mahal dan harapan tinggi diletakkan.

"Dia perlu bermain dengan stabil. Jika dia fikir boleh membawa kemenangan untuk pasukan secara sendirian - itu silap besar. Jika dia mahu lakukan sesuatu yang tak boleh dilakukan, itu juga kesilapan," kata bekas pemain Arsenal dan Perancis, Patrick Vieira.

Vieira memberitahu Pogba perlu mencari keseimbangan dalam permainan dan tampil sebaik mungkin tetapi tidak perlu memaksa dirinya 'menjadi orang lain'.

"Saya membaca kenyataan menarik daripada Jose Mourinho bahawa dia akan memenangi banyak piala seperti dicapai Ronaldo dan Messi.

"Jika orang-orang berharap dia menjaringkan 40 gol semusim, itu silap besar, tapi Pogba boleh membuat penampilan berbeza dengan kemampuan teknik dan fizikalnya," jelasnya.

Lihat Komen