malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Ibra jadi sifu di MU
Diterbitkan:  Aug 23, 2016 1:36 PM
Dikemaskini: 5:43 AM
ADS

Sebagai pemain berpengalaman dimiliki Manchester United (MU), Zlatan Ibrahimovic kini seolah-olah menjadi "sifu" dan menjadi rujukan beberapa pemain kelab itu.

Pada usia 34 tahun, Ibrahimovic yang baru menyertai The Red Devils awal musim ini sudah mencatat tiga jaringan dalam dua perlawanan dilaluinya bersama MU.

Bekas pemain Paris Saint-Germain itu dilaporkan menjadi 'guru' kepada Marcus Rashford, Anthony Martial dan Jesse Lingard.

Ibrahimovic dilaporkan memberi tunjuk ajar tersendiri kepada ketiga-tiga pemain itu dalam sesi latihan tambahan di Carrington.

"Zlatan (Ibrahimovic) tetap berada di padang selepas latihan rutin untuk melatih tendangan bebas. Dia membantu pemain muda," kata sumber yang dipetik melalui laporan The Sun.

"Dia dilihat seorang yang bagus untuk melatih pemain muda. Dia memiliki kemampuan semula jadi untuk mengajar dan ada kemahuan melakukan perkara itu.

"Sesi latihan yang diberikannya sangat membantu," kata sumber tersebut dipetik sebagai berkata.

Ketiga-tiga mereka belum diturunkan pengurus Jose Mourinho sejak musim baru EPL bermula pada 13 Ogos lalu.

Lingard kini mengalami kecederaan, manakala Rashford dan Martial masih belum cukup meyakinkan Mourinho untuk beraksi bersama pemain lain MU.

MU kini berada di tangga kedua liga selepas menang dua perlawanan awal musim ini dan bakal berdepan Hull City untuk perlawanan ketiga pada 28 Ogos ini.

Lihat Komen