malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Chong Wei mungkin sudah juara kalau...
Diterbitkan:  Aug 22, 2016 7:55 PM
Dikemaskini: 12:01 PM
ADS

Ketua jurulatih badminton China, Li Yongbo, mengandaikan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mungkin sudah menjadi juara dunia jika berlatih dengan pasukannya.

Memberi komen kepada sina.cn selepas Chong Wei tewas kepada Chen Long di final Olimpik Rio, Yongbo berkata dia akan berbangga jika Chong Wei adalah pemain pasukannya.

"Sudah tentu jika dia berada dalam pasukan saya, dia mungkin sudah menjadi juara dunia," katanya dipetik sebagai berkata.

Legenda badminton negara Tembok Besar itu bagaimanapun memuji prestasi cemerlang yang ditunjukkan Chong Wei termasuk berjaya menewaskan seorang lagi jaguh China, Lin Dan, pada aksi separuh akhir.

Sementara itu, bekas jurulatih Chong Wei, Datuk Misbun Sidek melahirkan rasa kesal apabila pingat emas Olimpik tidak dapat diraih skuad badminton Malaysia kerana masalah dana.

Katanya lapan tahun lalu dia memberi cadangan untuk menambah baik sistem latihan badminton kebangsaan yang dianggapnya "ketinggalan zaman" namun ditolak

"Saya sebelum ini menerima jemputan ketua jurulatih badminton negara China Li Yongbo untuk melawat pusat latihan mereka dan kagum dengan saiz dan kemodenannya," Misbun dipetik sebagai berkata seperti dilaporkan China Press.

Misbun berkata, bagi Lin Dan saja ada tujuh jurulatih khas ditugaskan untuk melatih pemain China itu.

"Pasukan itu menjaga aspek fizikal, psikologi dan memberi tumpuan latihan serta memantau diet Lin Dan.

"Malaysia jauh ketinggalan dalam aspek ini kerana peruntukan yang diberikan kepada jurulatih tidak banyak," katanya.

Mengulas aksi Chong Wei di Olimpik Rio, Misbun berkata ketiadaan pakar untuk memberikan 'tip emas', ulangkaji perlawanan lepas dan mengeenal pasti kesilapan serta memberi sokongan psikologi.

Tambahnya, prestasi Chong Wei merosot selepas pertarungan melelahkan berdepan Lin Dan sebelum bertemu Chen Long dalam perlawanan akhir itu.

Bagaimanapun Misbun berkata, skuad badminton negara sudah memberi keputusan yang baik serta menyumbang kepada prestasi terbaik Malaysia di temasya Olimpik.

Selain pingat perak milik Chong Wei, Malaysia turut meraih tiga lagi pingat perak melalui acara beregu campuran dan beregu lelaki, terjun seirama dan pingat gangsa bagi acara berbasikal.

Lihat Komen