malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Schweinsteiger gantung but untuk Jerman
Diterbitkan:  Jul 29, 2016 10:13 PM
Dikemaskini: 2:34 PM
ADS

Pemain tengah Jerman Bastian Schweinsteiger mengumumkan persaraannya daripada saingan antarabangsa hari ini.

Pengumuman bintang Manchester United itu dibuat melalui akauan Twitternya dan terjadi tidak lama selepas dia dimaklumkan tidak lagi diperlukan di kelab berkenaan.

"Saya berterima kasih kepada penyokong, kelab, jurulatih dan kakitangan skuad kebangsaan Jerman.

"Dalam 120 penampilan untuk negara, saya menjalani saat terindah dan kejayaan yang sukar untuk digambarkan. Gelaran juara Piala Dunia 2014 sangat bersejarah dan pasti tidak dapat diulang lagi dalam karier saya," katanya.

Justeru kata Schweinsteiger, kini waktu paling tepat untuk bersara dan mengharapkan yang terbaik kepada skuad kebangsaan di Piala Dunia 2018.

Pemain berusia 31 tahun itu membuat kemunculan pertama bersama Jerman pada perlawanan persahabatan berdepan Hungary pada 2004.

Sebanyak tujuh kejohanan besar sudah disertai bekas pemain Bayern Munich itu dan Euro 2016 di Perancis menjadi tugas akhir digalasnya sebagai pemain kebangsaan Jerman.

Piala Dunia 2014 menjadi penampilan terbaik buat Schweinsteiger sepanjang kariernya.

Pengumuman persaraan itu dilakukan Schweinsteiger sehari selepas media melaporkan dia antara antara sembilan pemain yang tidak diperlukan Jose Mourinho di Old Trafford.

Lihat Komen