malaysiakini logo
story-image
story-image
ADS

Reputasi Kelantan dilihat semakin meninggi sejak Velizar Emilov Popov mengemudi kem kejurulatihan skuad itu di Kota Bharu. 

Disuntik pula dengan imbuhan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), apakah ada magis tambahan boleh dipersembahkan barisan pemain itu ketika mereka berdepan pasukan terkuat liga Malaysia - JDT - malam nanti.

Untuk rekod, perlawanan pusingan pertama pada April lalu JDT berjaya mengikat Kelantan dengan keputusan seri 2-2. Tetapi harus diingat aksi Liga Super itu berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV.

Dan perlawanan pusingan kedua malam ini akan berlangsung di gelangang keramat skuad Harimau Selatan - Larkin. 

Justeru Mampukah Blazhe Ilijoski  dan rakan-rakannya membuktikan 'gedebe' mereka di tempat lawan?

Masalahnya, rekod sejak 2012 menyaksikan skuad The Red Warriors tidak pernah menang di Larkin. Kali terakhir mereka menang ialah dengan jaringan tipis 1-0 pada Mei 2011. Ia adalah perlawanan Liga Super.

Selepas itu, Larkin seolah-olah menjadi badi buat Kelantan, serta pasukan-pasukan lain yang bertandang ke Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos itu.

Di atas kertas pasti perlawanan yang dianggap tumpuan itu akan lebih berpihak kepada JDT kerana kualiti pemain dimiliki jurulatihnya, Mario Gomez, adalah yang terbaik di Malaysia. 

Justeru, Kelantan dituntut tampil lebih ghairah dan 'bekeng' selepas mereka menunjukkan momentum positif dalam beberapa perlawanan lalu.

Walaupun sekadar seri tanpa jaringan ketika bertemu Pahang Sabtu lalu, Popov nampaknya berpuas hati dengan persembahan pemain-pemainnya.

Berbanding JDT, skuad TRW dilihat masih mempunyai masalah terutama di posisi pertahanan, selain wujud krisis identiti di bahagian tengah.

Ketika berdepan Selangor pada 20 Julai lalu, percaturan Popov bertenaga di bahagian serangan namun agak lemah di benteng pertahanan menyebabkan mereka bolos tiga jaringan.

Eksperimen Popov

Memang ketiadaan kapten Mohd Badri Radzi tidak menjadi masalah untuk jentera tengah kerana kelibat Wander Luizi Junior bergandingan dengan Indra Putra Mahyuddin dan Ilijoski serta Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dilihat menjadi.

Begitu juga kemasukan Wan Zack Haikal Wan Noor dan Abdul Manaf Mamat menjadi penggempur di saat-saat akhir membolehkan mereka seri 3-3.

Namun, ketika mereka berdepan skuad Tok Gajah, percaturan Popov mengendur.

Jurulatih dari Bulgaria itu memilih untuk bereksperimentasi atau melakukan penggiliran pemain, misalnya dengan tidak menyenaraikan Indra Putra dan Wan Zaharulnizam sebagai pemain kesebelasan utama.

Atau mungkin juga Popov sedang menguji keserasian antara pemain khsusus dua import mereka yang baru direkrut baru-baru ini.

Sementara itu di kem latihan JDT, mereka sentiasa siap dengan pilihan ramai pemain berkualiti tempatan atau pemain asing. 

Dengan status juara bertahan, Harimau Selatan adalah skuad lengkap di setiap posisi. 

Kelibat Marcos Antonio di benteng pertahanan misalnya, bukan saja berkesan menggalas tugas mengekang asakan lawan malah pemain dari Brazil itu siap untuk mencipta gol. 

Musim ini dia sudah menjaringkan empat gol untuk JDT di saingan Liga Super

Pemain pertahanan lain ada?

Lihat Komen