malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Peluang Portugal, cabaran Poland
Diterbitkan:  Jun 30, 2016 11:53 AM
Dikemaskini: 4:20 AM
ADS

Cabaran Portugal ke atas Poland di Stade de Velodrome, Marseille, awal pagi esok menandakan permulaan saingan lapan pasukan merebut empat tempat pusingan separuh akhir Euro 2016.

Melangkah ke separuh akhir memang bukan asing bagi Portugal, malah mereka merupakan pasukan paling kerap bersaing di pusingan tersebut, iaitu sebanyak enam kali.

‎Pencapaian terbaik skuad Seleccao ialah pada 2014 apabila laluan mereka berterusan sehingga ke perlawanan akhir sebelum dikecewakan 0-1 oleh Greece.

Mereka gagal mengulangi pencapaian tersebut pada Euro edisi lalu apabila kandas di saingan separuh akhir kepada Sepanyol melalui sepakan penalti.

Walaupun Poland tidak boleh dianggap skuad gergasi dunia bola sepak, langkah Cristiano Ronaldo dan rakan-rakannya untuk melangkah lebih jauh bukan perkara mudah memandangkan prestasi lawan mereka yang lebih positif.

Walaupun ia pencapaian baru bagi Robert Lewandowski dan rakan sepasukannya, prestasi semasa Poland sebenarnya mengulangi rekod mereka pada Piala Dunia 1982 apabila mara sehingga ke separuh akhir dan kemudian tewas 0-2 kepada Itali.

Secara bandingan berikut beberapa fakta menarik mengenai Poland dan Portugal

Rekod pertemuan terdahulu

  • Portugal mempunyai rekod lebih baik. Daripada 10 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan, Portugal mencatat empat kemenangan, selain tiga kali seri
  • Dua perlawanan terakhir mereka mencatatkan keputusan seri iaitu 2-2 (kelayakan Euro 2008) dan terikat 0-(aksi persahabatan 2012)

Prestasi Poland di Euro

  • Poland tampil dua Euro berturut. Pada edisi terdahulu mereka mencatat kepusan tiga kali seri dan tiga kali tewas. Kali ini mereka meraih dua kemenangan dan dua seri untuk layak ke suku akhir
  • Rekod beraksi di Marseille pula menyaksikan Poland mengecapi dua kemenangan tanpa dibolosi lawan.‎ Terbaru skuad bimbingan Adam Nawalka itu menundukkan Ukraine pada aksi peringkat kumpulan C pada 22 Jun lalu. Mereka juga menewaskan Emiriah Arab Bersatu 4-0 untuk aksi persabahatan di stadium sama pada 1990.
  • Pencapaian terbaik Poland pada kejohanan antarabangsa dengan meraih tempat ketiga Piala Dunia 1974 dan 1982.
  • Lewandowski menjadi penjaring terbanyak Poland pada aksi kelayakan dengan 13 gol. Rekod tersebut menyamai jaringan pemain Ireland Utara David Healy pada kelayakan Euro 2008

Pencapaian Portugal di Euro

  • Portugal tidak pernah meraih kemenangan ketika beraksi di Stade de Velodrome, Marseille. Ketika Euro 1984 Portugal seri 1-1 menentang Sepanyol, kemudian tewas 2-3 berdepan tuan rumah (Perancis) pada separuh akhir.
  • Portugal sudah enam kali berturut-turut melepasi peringkat saingan 16 pasukan terbaik dalam sembilan penampilan di Euro dan tidak pernah tersingkir pada cabaran peringkat kumpulan.
  • Pada 1984 Portugal berada di kedudukan ketiga, diikuti layak ke suku akhir pada 1996, separuh akhir 2000, suku akhir 2008 dan separuh akhir 2012
  • Pencapaian terbaik mereka ketika muncul naib juara Euro 2004 apabika tewas kepada Greece

Hubungan jurulatih dan pemain kedua-dua negara

  • Pemain Portugal, Eder pernah menjadi rakan sepasukan penjaga gol Poland, Lukasz Fabianski di Swansea City
  • Pemain tengah Portugal, Renato Sanches bakal menjadi rakan sepasukan Lewandowski bersama kelab Bayern Munich pada musim depan
Lihat Komen