malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Peminat pujuk Messi dengan lagu rock
Diterbitkan:  Jun 29, 2016 4:11 PM
Dikemaskini: 8:16 AM
ADS

Kadang-kadang pujukan untuk mengubah pendirian seseorang boleh dilakukan dengan cara yang bersahaja dan menghiburkan.

Itu yang cuba dilakukan sebahagian peminat Lionel Messi yang mahukan dia kembali bersemangat dan membatalkan niat bersara daripada pasukan kebangsaan.

Kegagalan membantu Argentina menjulang Piala Copa America kelmarin memang pahit buat bintang kelab Barcelona itu.

Justeru melalui media sosial mereka menjalankan kempen #MessiConUnaFraseDeRockTeDigo (Messi, dengan ungkapan rock saya memberitahu anda".

 

 

 

 

 

 

Antara lagu yang ditujukan kepada Messi, 29, melalui kempen memujuk itu ialah The Show Must Go On nyanyian kumpulan Queen dan No Surrender dipopularkan oleh Bruce Springsteen.

Kelmarin Messi mengumumkan persaraannya daripada mewakili pasukan kebangsaan selepas Argentina ditundukkan Chile 4-2 melalui tendangan penalti.

Satu daripada tendangan yang gagal disempurnakan itu adalah daripada Messi sendiri.

Sementara itu, Presiden Argentina Mauricio Macri dilaporkan akan menemui Messi minggu depan untuk memujuknya supaya membatalkan niatnya bersara.

Menurut Macri, dia sudah bercakap dengan Messi menerusi telefon berhubung isu berkenaan.

Bagaimanapun katanya mereka akan bersemuka pada tarikh yang akan ditentukan kemudian untuk membincangkan perkara berkenaan secara serius.

Lihat Komen