malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Sukan
Ozil, Pogba buat kerja amal bantu kanak-kanak
Diterbitkan:  Jun 24, 2016 3:19 PM
Dikemaskini: 7:35 AM
ADS

Tanpa banyak diuar-uarkan bintang Arsenal dan Jerman Mesut Ozil membuktikan kemurahan hatinya dengan membiayai pembedahan 11 kanak-kanak Afrika.

Ia adalah sebahagian daripada kempen BigShoe11 yang dijalankan sepanjang tempoh kejohanan Euro berlangsung di Perancis.

Turut bermurah hati ialah pemain tengah Juventus dan Perancis, Paul Pogba.

Semua 22 pembedahan itu dilaporkan berjalan dengan jayanya.

"Sepasukan pakar perubatan dan berjaya melakukan pembedahan ke atas 22 kanak-kanak yang memerlukan.

"Dapat membantu mereka adalah sesuatu yang membanggakan," katanya di Twitter.

 

 

Dalam satu klip video dimuat naik Ozil, dia dilihat menyatakan rasa gembiranya menyertai kempen BigShoe11 itu.

"Semasa Euro ini saya akan membiayai 11 pembedahan kanak-kanak kurang berkemampuan.

"Mereka adalah kesebelasan utama kegemaran saya. Itu adalah pasukan pilihan saya," katanya mengaitkan 11 kanak-kanak itu dengan jumlah pemain pasukan bola.

Melalui klip video berkenaan kanak-kanak yang dibantu Pogba berada di Tanzania.

Pogba juga berkata akan meyakinkan pemain lain untuk menyertai kempen BigShoe11 itu.

Katanya kempen berkenaan adalah baik untuk semua pihak.

"Saya fikir ia sesuatu yang semua kita perlu lakukan," katanya.

Projek BigShoe11 itu dikatakan sudah berlangsung sejak 10 tahun lalu.

Lihat Komen