malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
'Rajuk' Zamalek pada bola sepak tak panjang
Diterbitkan:  May 27, 2016 3:20 PM
Dikemaskini: 8:57 AM
ADS

Hanya beberapa ketika selepas membuat kejutan kelab bola sepak Zamalek membatalkan niat mereka memulaukan Liga Perdana Mesir.

Kini mereka bersetuju untuk menghabiskan jadual perlawanan musim ini seperti diatur persatuan bola sepak negara berkenaan.

Pengerusi Zamalek, Mortada Mansour semalam berkata selepas bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah kelab itu, mereka memujuknya supaya membatalkan keputusan keluar dari liga Mesir.

"Saya akan bertemu menteri dan Persatuan Bola Sepak Mesir untuk memperbetulkan keadaan dalam liga negara ini," katanya.

Terdahulu Zamalek memutuskan untuk keluar dari Liga Perdana Mesir sebagai membantah tindakan pengadil yang mengendalikan perlawanan antara Al Ahly dan El Mokawloon pada 25 Mei lalu.

Dalam perlawanan dimenangi Al Ahly itu pengadil memberi kad merah kepada dua pemain El Mokawloon.

Tindakan itu dilihat sebagai konspirasi pengadil untuk membawa Al Ahly menjuarai Liga Perdana Mesir tahun ini.

Zamalek mahu keadilan

Selepas 29 perlawanan Al Ahly berada di kedudukan pertama meninggalkan Zamalek dengan perbezaan lapan mata.

Tahun lalu Zamalek muncul sebagai juara liga itu.

Kata Mortada dia mahu Persatuan Bola Sepak Mesir memecat Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Gamal El Ghandour yang didakwanya punca tindakan berat sebelah pegawai perlawanan.

"Saya tak ada masalah jila Al Ahly menjadi juara liga. Jika mereka berjaya, saya tumpang gembira.

"Saya cuma tak mahu mereka menang secara tidak adil atau dengan bantuan pengadil. Ia hanya akan memusnahkan bola sepak Mesir.

"Saya mahukan keadilan," katanya.

Pembatalan keputusan keluar dari Liga Perdana Mesir juga menyaksikan Zamalek turun ke gelanggang bertemu kelab di tempat ke-13, ENPPI.

Perlawanan berkesudahan kemenangan memihat kepada Zamalek 1-0.

Lihat Komen