malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
MB mahu Rusa kekal kedudukan di Liga Perdana
ADS

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berharap skuad Rusa terus fokus dan mengekalkan kedudukan dalam Liga Perdana untuk layak ke Liga Super musim depan.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) berkata skuad negeri telah menunjukkan prestasi yang baik namun perlu berkerja keras untuk mempertahan kedudukan.

"Adalah menjadi hasrat PBNS untuk melihat Negeri Sembilan dalam aksi saingan Liga Super dan juga adalah menjadi harapan saya supaya Negeri Sembilan boleh memberikan saingan dalam Liga Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Seremban semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai pencapaian skuad Negeri Sembilan yang kini menduduki tangga kedua Liga Perdana dengan mencatat 18 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan.

- Bernama

Lihat Komen