malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Cena rindu darah, kecam orang pertikai gusti
Diterbitkan:  Apr 28, 2016 9:00 AM
Dikemaskini: 1:13 AM
ADS

Bintang WWE John Cena mendedahkan beliau ingin kembali ke arena gusti kerana "rindukan darah".

Dalam wawancara bersama sebuah majalah juara dunia 15 kali itu menyifatkan sesuatu pergaduhan yang melibatkan darah menarik perhatiannya.

"Darah adalah antara sebab sesuatu pergaduhan kelihatan cool.

"Sekarang, jika seseorang mula berdarah, pengadil campur tangan untuk menghentikan pendarahan," katanya kepada Rolling Stones.

Turut dinyatakan Cena ialah rasa rindunya kepada aksi blade - merujuk kepada penggunaan pisau atau sebarang alat untuk melukakan pihak lawan, seterusnya menyebabkan pendarahan.

Bagaimanapu ianya diharamkan WWE sejak tahun 2000.

Kata Cena aksi blade dilarang untuk menjadikan persembahan WWE bersifat lebih mesra kanak-kanak.

Namun kata Cena, aksi sebegitu mula dibenarkan sesekali sejak akhir-akhir ini.

Dia makin pulih

Sementara itu Cena, 39, turut membidas dakwaan sesetengah pihak yang menganggap sukan gusti profesional sebagai sekadar sandiwara.

"Tugas kami lebih daripada sekadar menghibur.

"Sesiapa yang menyifatkannya palsu benar-benar jahil mengenai sukan ini. Apa yang anda lihat di kaca televisyen benar-benar berlaku," katanya.

Cena yang baru sahaja menyambut hari lahirnya pada 23 April lalu turut menyatakan beliau mungkin kembali ke gelanggang WWE lebih awal daripada jangkaan.

"Sudah dua setengah bulan sejak pembedahan berlalu dan 107 sesi pemulihan dilalui setakat ini, dan saya sudah melakukan perkara-perkara yang disarankan pakar," katanya.

Berita kembalinya Cena ke arena WWE turut menarik minat ramai selepas dia memuat naik status terbaru melalui akuan Twitternya minggu lalu.

Kepulangan Cena bakal membolehkan dia muncul dalam persembahan The Memorial Day edisi Raw yang bakal berlangsung pada 30 Mei di Green Bay, Wisconsin, AS.

Spekulasi terkini mengenai perlawanan Big Match John pula mengaitkan lima nama terbesar WWE di beberapa laman sesawang gusti, termasuk Roman Reigns, Seth Rollins, Undertaker, Ryback dan Brock Lesner.

Lihat Komen