malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Tunku Ismail, Khairy bertemu di Johor Bahru
Diterbitkan:  Apr 27, 2016 8:46 PM
Dikemaskini: 1:19 PM
ADS

Selepas kedua-dua pihak kelihatan bersedia untuk bertemu - sama ada dalam sesi perdebatan atau perbincangan - hari ini Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Dalam pertemuan tersebut, Tunku Ismail yang kini pemangku Sultan Johor dan Khairy membincangkan perkara berkaitan sukan bola sepak tanah air.

Malah Khairy turut dibawa melihat kemudahan dimiliki kelab JDT seperti pusat latihan, gimnasium serta padang tertutup di Padang Seri Gelam.

Susulan pertemuan tersebut, Tunku Ismail berkata, perjumpaan tadi membolehkan Khairy mendapat gambaran lebih jelas berkenaan sukan bola sepak terutamanya projek JDT serta program belia di Johor.

"Selepas perbincangan bersama YB Khairy Jamaluddin, saya ingin mengucapkan syabas di atas usaha dan kerja keras untuk sukan dan belia di negara ini.

"Perjumpaan ini amat positif di mana kami dapat duduk semeja, membincangkan hala tuju, berkongsi pendapat dan mendapat jalan penyelesaian untuk memperbaiki bola sepak tanah air dan juga program yang melibatkan belia," katanya melalui kenyataan di Facebook sebentar tadi.

Pada 13 April lalu Tunku Ismail mencabar Khairy, FAM dan beberapa tokoh bola sepak negara untuk berdebat mengenai prestasi bola sepak negara.

Perbahasan itu disambut baik oleh Khairy dengan menyatakan kesediaan beliau menerima perlawaan tersebut, namun sehingga kini tiada perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

Sementara itu, TMJ dalam pertemuan itu menegaskan apa yang paling mustahak untuk belia adalah pendidikan.

Lihat Komen