malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
The Rock nak main ragbi untuk New Zealand pula
Diterbitkan:  Apr 27, 2016 8:13 PM
Dikemaskini: 12:36 PM
ADS

Bekas bintang WWE yang kini menjadi pujaan di Hollywood, Dwayne 'The Rock' Johnson kini bersedia menyahut cabaran dalam bidang baru - ragbi.

Semalam Johnson dilaporkan mendapat pelawaan daripada pemain ragbi kebangsaan New Zealand untuk membantu skuadnya dalam siri pertandingan antarabangsa.

Williams melalui akuan Twitternya bertanya kepada Johnson sama ada dia sedia membantu pasukan New Zealand yang kini mengalami pelbagai krisis kecederaan.

New Zealand dalam persediaan menghadapi kejohanan pusingan kesembilan Rugbi Seven Series Dunia yang dijadual berlangsung antara 13 hingga 15 Mei ini di Paris, Perancis.

Berikutan itu Johnson membalas di Twitter memaklumkan dia bersedia menyarung jersi New Zealand untuk memanfaatkan kudratnya membantu pasukan berkenaan.

"Beritahu saja dan saya akan datang. Tak tahu berapa jauh (saya akan berlari) tapi saya akan datang," katanya.

Selain memerlukan kudrat yang kuat sukan ragbi juga memerlukan pemainnya berlari dengan pantas.

Johnson juga mendedahkan dia pernah bermain ragbi semasa zaman kanak-kanaknya di New Zealand.

Beliau turut menyifatkan ragbi antara sukan yang paling sukar pernah disertainya.

Difahamkan pengalaman Johnson agak terhad namun dia juga pernah diberi kepercayaan menjadi pemain pertahanan sukan bola sepak Amerika.

"Saya menyertai Hurricanes pada tahun 1991, pasukan yang dilihat akan menang kejohanan kebangsaan ketika itu," jawab Rock.

Menjelang pusingan terakhir Ragbi Sevens Series Dunia di Singapura nanti, New Zealand kehilangan beberapa tonggak pasukan seperti Pita Ahki yang mengalami kecederaan bahu, Sam Dickson dan Lewis Ormond di bahagian kaki dan Tim Mikkelson berdepan masalah kecederaan di buku lali.

Lihat Komen