malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Sukan
Piala AFC 2016: Tuah Selangor datang bergolek
ADS

Pasukan Selangor akan melangkah ke pentas saingan Piala AFC 2016 selepas skuad Tok Gajah dihukum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) ekoran kegagalan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) melunaskan bayaran pampasan kepada bekas pemain import mereka.

Pemain itu adalah Mohamed Borji dari Maghribi yang beraksi bersama Pahang pada 2013.

Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah, pihaknya menerima surat arahan daripada badan induk bola sepak dunia itu supaya enam mata yang dikutip pasukan Pahang dalam Liga Super 2015, ditolak.

"Ia susulan daripada laporan yang diterima oleh Fifa dan kita hanya mengikut arahan tersebut.

"Selepas ditolak enam mata tersebut, kedudukan Pahang sebagai naib juara Liga Super jatuh ke tempat ketiga dan diganti pasukan Selangor," katanya ketika kepada Malaysiakini .

Terdahulu, keputusan tersebut diumumkan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM, malam tadi.

Susulan enam mata ditolak itu, Pahang mengutip 38 mata sekali gus diatasi Selangor yang sebelum ini di tempat ketiga dengan kutipan 39 mata.

Sehubungan itu skuad The Red Giants akan menjadi wakil Malaysia ke saingan Piala AFC 2016 bersama-sama JDT.

"FAM akan memaklumkan perkara itu kepada pihak AFC supaya Selangor dicalonkan sebagai pasukan yang menggantikan tempat Pahang menerusi slot naib juara Liga Super," tambah Afandi.

Lihat Komen