malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Nalla dakwa terima 10 SMS ugutan
Diterbitkan:  Aug 23, 2008 1:32 PM
Dikemaskini: Aug 24, 2008 1:21 PM
ADS

Bekas rakan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S.Nallakaruppan yang membantu Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh berkata, beliau telah menerima lebih daripada 10

khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan supaya meninggalkan kawasan tersebut.

Beliau berkata, ugutan-ugutan itu diterimanya sejak beliau menjejakkan kaki ke kawasan itu dan yang terbaru bilik gerakannya di Seberang Jaya didatangi beberapa lelaki India yang membawa bendera sebuah parti politik, mengancam dua petugasnya.

nallakarupan 220307 Ketika ditemui pemberita selepas majlis ceramah politik anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) di Permatang Pasir malam tadi, Nallakarupan berkata, mereka telah memintanya untuk menutup bilik operasi di situ dan tidak mencampuri urusan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Menurut laporan Bernama, ceramah Nallakarupan menarik ribuan penduduk dan merupakan salah satu ceramah BN yang paling ramai dihadiri.

"Saya terima SMS hampir setiap hari dan hari ini pun ada. Saya telah membuat beberapa laporan polis sebelum ini mengenai ugutan-ugutan berkenaan dan akan membuat laporan polis esok berhubung kes terbaru itu," katanya.

Nallakaruppan yang juga presiden Malaysian Indian United Party (MIUP) berkata, SMS itu mengancam nyawanya tetapi beliau enggan mengulas mengenai perkara itu secara terperinci sebelum membuat

laporan polis.