malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pembantu Kor Ming dinamakan calon PH di KKB
Diterbitkan:  Apr 24, 2024 10:23 PM
Dikemaskini: Apr 25, 2024 12:56 AM
ADS
2

Pembantu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Pang Sock Tao diumum sebagai calon PH pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke di pusat khidmat wakil rakyat itu di Taman Gamelan, Kuala Kubu Bharu, malam ini.

Loke berkata Pang yang berumur 31 tahun dan berasal dari Ampang, Selangor itu disenarai pendek daripada beberapa calon wanita.

Pang sebelum ini pernah bertugas sebagai penerbit Ubah TV, saluran video milik DAP.

Pencalonan Pang dilaporkan oleh Malaysiakini awal hari ini, dengan memetik sumber dari PH.

Semalam, Pengarah PRK PH, Ng Sze Han berkata 10 nama disenarai pendek dan diputuskan dalam mesyuarat pimpinan tertingginya malam tadi.

Dia berkata daripada 10 individu yang disenarai pendek, terdapat calon daripada kaum Melayu, Cina dan India.

PRK Kuala Kubu Bharu diadakan berikutan kematian Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei sebagai hari mengundi, manakala Sabtu ini sebagai hari penamaan calon.

PRK itu adalah yang ketujuh sejak pilihan raya umum ke-15 selepas kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Ogos tahun lalu, kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram (September), kerusi DUN Pelangai (Oktober), kerusi DUN Jepak (November), dan Parlimen Kemaman (Disember).


Lihat Komen
2