malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Jika kalah KKB, PH kena fikir semula strategi - pakar
Diterbitkan:  Apr 24, 2024 9:00 PM
Dikemaskini: 1:00 PM
ADS

Jika PH tewas dalam pilihan raya Kuala Kubu Bharu, ia akan memaksa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menilai semula andaian bahawa bukan Melayu dan pengundi liberal tidak mempunyai pilihan selain terus menyokong gabungan itu, kata penganalisis.

Pakar kajian politik Wong Chin Huat menyentuh tanggapan pengundi teras PH (bukan Melayu dan liberal) tidak dihiraukan susulan dakwaan ketiadaan tindakan pihak berkuasa terhadap kontroversi kaum dan agama seperti isu KK Mart.

Wong memberitahu Malaysiakini pilihan raya akan datang sebagai sukar untuk DAP dan jika peratusan keluar mengundi pemilih Cina dan India rendah maka ia turut membawa petanda kegagalan.

Ditanya jika PH kalah adakah akan menjadi peringatan untuk gabungan itu bermuhasabah, Wong menjawab: "Ya."

Wong berkata keputusan negatif juga akan memaksa PH untuk memikirkan semula perancangan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Beberapa pemimpin dalam PH termasuk mereka dalam DAP berharap untuk memeterai parti-parti kerajaan Madani, PH dan Umno khususnya, menjadi gabungan besar seperti BN baru.

“Kekalahan di Kuala Kubu Baharu akan membunuh angan-angan ini dan membawa semua pihak kepada realiti.

“Ini mungkin secara intuitif meningkatkan hubungan antara sekutu dengan parti-parti perlu memikirkan secara serius peraturan penglibatan sebagai rakan kongsi dalam kerajaan semasa dan saingan dalam pilihan raya nanti.

"Kekaburan (hubungan) kadang-kadang menyumbang kepada permusuhan menjadi tidak terkawal," tambahnya.

Kuala Kubu Baharu merupakan kawasan pilihan raya campuran, dengan pengundi Melayu menyumbang 46 peratus, pengundi Cina 30 peratus, pengundi India 18 peratus dan lain-lain enam peratus.

Minggu lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa pihak tertentu menggesa kaum India memboikot pilihan raya 11 Mei, mendakwa kerajaan telah mengabaikan masyarakat itu.

Bagaimanapun, Wong berkata kempen boikot ini boleh membantu PH yang akan mencemaskan penyokongnya, yang kemudiannya memilih untuk mengelak kekalahan.

Sehubungan itu, pengkaji politik tersebut percaya ancaman besar kepada DAP ialah perasaan di kalangan pengundi PH bahawa semangat mereka telah memudar.

“Apa yang boleh memberi kesan terhadap peluang DAP bukanlah protes aktif, tetapi sikap acuh tak acuh dan sikap tidak peduli (di kalangan pengundi),” tambahnya.

Sambil menyifatkan itu sebagai "mimpi ngeri" bagi juru kempen yang berpengalaman, Wong berkata mesej itu akan jelas jika "pengundi mengangguk dengan sopan tetapi kemudian berlalu pergi atau tidak menunjukkan minat terhadap apa yang mereka katakan."

"Itu akan dilihat sebagai tindak balas sebenar rakyat biasa, bukan sabotaj oleh ahli politik atau aktivis," tambahnya menjelaskan tanda-tanda yang perlu dilihat.

Sejak menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran, parti-parti PH khususnya DAP didakwa kehilangan suara malah ada yang membandingkannya dengan MCA yang sering dilihat tunduk kepada Umno ketika BN memerintah.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menegaskan kedua-dua parti itu tidak boleh dibandingkan.

Anwar pula didakwa gagal melaksanakan reformasi yang dijanjikannya semasa PH memerintah dan dituduh berkompromi dengan prinsip tertentu yang dipegangnya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen