malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Saman fitnah bekas CEO Sapura Energy, Rafizi selesai
ADS

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa saman fitnah Shahril Shamsuddin terhadap Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berhubung isu gaji bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Sapura Energy Bhd (SEB) itu telah berjaya diselesaikan.

Pihak plaintif dan defendan dikatakan mencapai perjanjian penyelesaian pada 15 April lalu.

Ketika dihubungi, peguam Rafizi, Navpreet Singh berkata hakim Faiz Dziyauddin dimaklumkan bahawa penyelesaian itu adalah atas saman fitnah Shahril terhadap Rafizi.

Peguam itu berkata plaintif memfailkan pemberhentian tindakan sivil pada 18 April, dan mahkamah mengosongkan tarikh perbicaraan yang dijadualkan pada September nanti.

Jumaat lalu, pihak plaintif dan defendan mengeluarkan kenyataan bersama berhubung penyelesaian itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen