malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
TLDM umum identiti korban nahas helikopter
Diterbitkan:  Apr 23, 2024 5:46 PM
Dikemaskini: 10:24 AM
ADS

Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 9.32 pagi tadi.

TLDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga wanita terbabit adalah kru daripada Pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) iaitu Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar dan Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna yang ketiga-tiganya merupakan penumpang di dalam helikopter malang tersebut.

Sementara dua Pegawai Memerintah itu masing-masing adalah Pegawai Memerintah Skuadron 503 Komander Muhammad Firdaus Ramli dan Pegawai Memerintah Skuadron 502 Komander Muhamad Amir Mohamad.

Lima lagi identiti mangsa yang terkorban seperti berikut:

Pesawat HOM-AW139

  • Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

  • Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

  • Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun

  • Pesawat Fennec (M502-6)

  • Leftenan Sivasutan Thanjappan

  • Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi

“TLDM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Pengurusan jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi tentera laut,” menurut kenyataan itu.

- Bernama

Lihat Komen