malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Undang-undang jerebu rentas sempadan tak bermakna jika sepihak
ADS

Undang-undang jerebu rentas sempadan yang telah lama dirancang tidak dapat dilaksanakan tanpa perjanjian dua hala dengan negara-negara terbabit, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Memetik perjanjian pencemaran udara rentas sempadan di antara AS dan Kanada, Nik Nazmi berkata, kedua-dua negara terbabit menerima bidang kuasa masing-masing dan ia memudahkan penguatkuasaan.

“Sebab itulah diplomasi berasaskan sains penting, itulah cara kita menangani perubahan iklim, (melalui) diplomasi berasaskan sains.

"Jadi, apabila anda melihat AS dan Kanada, mereka menerima bidang kuasa kedua-dua negara dan kemudian memudahkan kedua-dua negara melakukan perkara yang betul," katanya dalam sesi temu bual bersama dengan media di Parlimen.

Selain Malaysiakini, turut mengadakan temu bual itu ialah Berita Harian dan Sin Chew.

Nik Nazmi juga mengulangi bahawa kerajaan menghadapi halangan seperti kaedah perundangan serta penguatkuasaan.

Dia juga membayangkan bahawa undang-undang mengenai pengurusan isu jerebu boleh bertukar sekadar menjadi "simbol" tanpa perjanjian dua hala dengan negara berkaitan.

Katanya, persefahaman perlu untuk memastikan undang-undang berkenaan tidak bersifat unilateral dan boleh memberi manfaat kepada negara yang menandatangani perjanjian itu.

“Seperti dengan semua Asean, ia masih sangat bergantung kepada kerajaan negara anggota dan itu satu lagi cabaran.

"Itulah sebabnya saya suka bagaimana orang ramai menjalankan diplomasi berasaskan sains dan kita mempunyai panel saintifik," tambah Nik Nazmi.

Pada Nov tahun lalu, Nik Nazmi berkata, kerajaan tidak akan meneruskan cadangan penggubalan Rang Undang-Undang Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan selepas meneliti kewajarannya daripada pelbagai sudut.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas Jabatan Peguam Negara dan pandangan pakar perundangan berhubung kesukaran mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi tujuan pendakwaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen