malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tokoh Wartawan 2014 meninggal dunia
Diterbitkan:  Mar 29, 2024 8:07 AM
Dikemaskini: 2:03 AM
ADS

Tokoh Wartawan Negara 2014 Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee, meninggal dunia awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan isteri allahyarham, Noraini Shariff.

“Innalilahi wainna ilaihi rojiun. Suami saya Ahmad Rejal Arbee telah kembali ke rahmatullah sekejap tadi pada pukul 2 pagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan pernah dilantik menjadi Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd.

Allahyarham mula berkhidmat dengan Bernama sejak 1969 sebagai pemberita kanan sebelum ke Jakarta, Indonesia sekali gus menjadi pewarta luar negeri pertama agensi berita itu pada 1973.

- Bernama

Lihat Komen