malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Peguam cabar polis, SPRM buka balik siasatan 1MDB
ADS

Seorang peguam hari ini mencabar polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kembali siasatan terhadap 1MDB dan bekas anak syarikatnya RC International Sdn Bhd.

Gesaan itu dibuat susulan saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) yang mahu merampas aset-aset berkaitan 1MDB, minggu lepas.

Haniff Khatri Abdulla juga menggesa Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali untuk bekerjasama dengan DOJ dan rakan sejawatnya di AS untuk mengumpulkan maklumat bagi membantu siasatan polis dan SPRM sebelum 31 Julai ini.

Haniff juga berkata, Apandi patut melantik pasukan pendakwaan khas diketuai oleh seorang timbalan pendakwa raya (DPP) kanan atau peguam kanan untuk menilai kertas siasatan itu secara bebas.

Haniff berkata Apandi sendiri tidak patut mengetuai pasukan itu kerana beliau didakwa mempunyai percanggahan kepentingan apabila “bertindak sebagai peguam peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak”.

Apandi sebelum ini membersihkan nama Najib daripada sebarang salah laku dalam isu “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Jika Apandi, Ketua Polis Tan Sri Khaled Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad gagal berbuat memenuhi tuntutannya itu, tambah Haniff lagi:

“Terdapat kesimpulan jelas dan munasabah oleh rakyat Malaysia bahawa ketiga-tiga mereka terlibat bagi memastikan jenayah skandal 1MDB tidak didedahkan, yang sama seperti jenayah terhadap rakyat.”

[Baca berita asal]

Lihat Komen