malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Hanipa: Kenapa takut Sarawak Report jika ia pembohongan?
Diterbitkan:  Jun 15, 2017 11:46 AM
Dikemaskini: 4:10 AM
ADS

Mengapa takut dengan Sarawak Report dan menyekatnya jika laman web pendedah maklumat itu sekadar memutar-belitkan pembohongan?

Itu persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dalam akaun Facebook beliau malam tadi.

Tanpa menyebut sebarang nama, Hanipa berkata beliau berasa 'kasihan' terhadap seorang menteri dari 'kerajaan kleptokratik' yang dilaporkan menggesa orang ramai agar tidak percaya terhadap laporan yang disiarkan oleh laman web pendedah maklumat itu.

"Saya kesian dengan kenyataan seorang menteri kerajaan kleptokrat yang dilaporkan dalam Malaysiakini yang minta rakyat jangan percaya berita Sarawak Report.

"Kesian. Bila kamu minta rakyat jangan percaya, logiknya berita Sarawak Report tidak berwibawa dan tidak beri kesan kepada kerajaan kleptokrat. Maka kerajaan kleptokrat tidak perlu takut dengan Sarawak Report.

"Justeru, tidak ada sebab atau ada keperluan untuk kerajaan kleptokrat nak haramkan Sarawak Report melalui Suruhanjaya (Komunikasi dan) Multimedia. Itulah cara hujah secara logik!

"Bila kamu haramkan Sarawak Report, lepas itu kata pula jangan percaya Sarawak Report, itu hujah tak logik. Kan bagus kamu kata jangan percaya dengan saya atau Umno. (Itu) baru nampak logik!

Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak baru-baru ini yang meminta rakyat negara ini tidak mempercayai portal Sarawak Report.

"Sarawak Report ialah akhbar atas talian yang hanya bertujuan untuk memfitnah pemimpin kita.

"Seperti yang kita tahu ada dokumen yang mereka ubah suai. Kredibiliti mereka dipertikaikan.

"Hakikatnya semua yang mereka laporkan tidak benar. Bekas editor mereka sendiri mengakuinya," kata Salleh.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen