malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tauke judi taja parti: Pulau Pinang sedia kerjasama
ADS

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyerahkan kepada pihak polis untuk mengenal pasti dan memantau dakwaan bahawa terdapat kumpulan kongsi gelap membiayai parti politik tertentu di negeri itu.

Lim mengulas ucapan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa ada sindiket yang akan menggunakan hasil kegiatan mereka untuk membiayai parti-parti politik, terutama semasa pilihan raya umum.

"TPM tidak menamakan mana-mana parti politik, lazimnya, sebarang usaha untuk menamakan mereka jika ini membabitkan pembangkang," kata Lim pada sidang media hari ini.

"Tetapi oleh kerana beliau tidak menamakan sebarang parti, adalah jelas beliau bercakap secara umum dan kami akan menyerahkan kepada polis untuk mengendalikan siasatan itu," kata Lim ketika diminta mengulas tentang ucapan Ahmad Zahid.

Malam semalam, Ahmad Zahid mengarahkan pihak polis memerangi habis-habisan kegiatan perjudian dan menangkap serta mengheret tauke judi ke mahkamah.

Walaupun beliau tidak menjelaskan butiran gejala yang didakwa semakin serius itu tetapi berkata perkara itu adalah satu kebimbangan yang dibangkitkan oleh beberapa pihak.

Ahmad Zahid juga mengarahkan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye supaya fokus untuk menyelesaikan masalah perjudian di negeri itu.

Sementara itu, Lim mengulangi pendirian kerajaan negeri Pulau Pinang bahawa mereka tidak mengeluarkan lesen perjudian kerana perkara itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

"Kami juga menentang keras sebarang cadangan untuk membina sebuah kasino di negeri ini," katanya yang menyindir cadangan seorang ahli parlimen BN.

Ahli Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin, sebelum ini pernah menyokong sebuah parti yang mahu membina sebuah kasino di Pulau Pinang.

"Kami akan memberi kerjasama kepada polis, jika perlu, kerana hanya polis mempunyai kuasa penguatkuasaan ke atas perjudian haram," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen