malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib harus jalani ujian poligraf dahulu, kata Kit Siang
Diterbitkan:  Jun 2, 2017 5:59 PM
Dikemaskini: 10:06 AM
ADS

Memetik pepatah yang menyatakan bahawa “ikan mula mereput daripada bahagian kepala” pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya menjadi yang pertama untuk menjalani ujian poligraf alat alat uji bohong.

Beliau mencadangkan satu panel yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang bebas dan terkemuka memantau proses perdana menteri menjalani ujian itu bagi menjawab soalan berhubung 1MDB dan wang yang berada di akaun bank peribadinya.

"Adakah Najib bersedia untuk menjalani ujian polygraf oleh panel bebas dan terkemuka, khususnya mengenai Malaysia yang kini dikenali sebagai kleptokrasi global bawah kepimpinannya, skandal 1MDB dan akaun bank peribadinya?" soalnya dalam satu kenyataan media.

Lim mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa bahawa kerajaan akan meneliti cadangan penggunaan alat uji bohong atau poligraf sebagai salah satu mekanisme pencegahan untuk menangani gejala rasuah dalam perkhidmatan awam.

"Ini adalah idea yang baik, terutamanya kerana baru-baru ini dilaporkan dalam media arus perdana bahawa seluruh bahagian sebuah agensi kerajaan, yang mengumpul pendapatan untuk negara, gagal ujian polygraf.

“Ia menunjukkan bahawa sebahagian besar pegawai kanan mencuri wang dan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk mendapatkan habuan - salah satu sebab mengapa ujian polygraf ke atas akitangan awam ditamatkan," kata pemimpin DAP.

Lim berkata Malaysia tidak boleh terus berpura-pura bahawa skandal dan isu berkaitan dana RM2.6 bilion 1MDB yang berada dalam akaun perdana menteri tidak wujud.

Beliau berkata ini kerana isu berkenaan menjadi subjek beberapa siasatan di kira-kira 10 negara, tindakan jenayah dan hukuman telah diambil terhadap beberapa bekas tokoh perbankan dan institusi kewangan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen