malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Apa status pengundi tentera di Segamat?
Diterbitkan:  Jun 2, 2017 1:54 PM
Dikemaskini: 5:56 AM
ADS

Kemungkinan kemasukan banyak pengundi tentera di Segamat merunsingkan PKR Johor.

Isu susulan satu depot pangkalan peluru, dengan anggaran tentera antara 1,500 hingga 2,000 orang, dikatakan dalam proses pembinaan di kawasan parlimen itu.

Pengerusi Biro Integrasi Nasional dan penyelaras PKR Segamat Datuk Seri Dr R Santhara Kumar berkata, beliau difahamkan pihak tentera kini sudah tinggal di penempatan sementara bagi menanti kem baru yang sedang dibina.

Santhara menuntut Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan status kemasukan nama-nama anggota terbabit dalam daftar pemilih.

"Saya mengambil serius isu kebanjiran pengundi luar atau pengundi import khususnya di kawasan Segamat, Johor.

"Saya inginkan pengesahan daripada pihak ATM dan SPR, adakah nama anggota-anggota yang di tempatkan di depot tersebut hanya akan dimasukkan sebelum atau selepas kem tersebut siap sepenuhnya?

"Andai kata nama anggota tentera telah dimasukkan sebagai pengundi di parlimen Segamat, ia harus dikeluarkan daripada warta pengundi baru," katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam pilihan raya umum lalu, PKR meletakkan bekas menteri pengangkutan Datuk CHua Jui Meng sebagai calon di kerusi itu.

Chua bagaimanapun kalah kepada Presiden MCA Datuk Seri S Subramaniam yang juga penyandang kerusi itu dengan majoriti 1,217 undi.

Kawasan campuran itu mempunyai 47,009 pemilih berdaftar dalam pilihan raya 2013.

Lihat Komen