malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
SPR jangan jadi 'kuda tunggangan' BN, kata Abdul Rashid
Diterbitkan:  May 17, 2017 8:47 PM
Dikemaskini: May 18, 2017 3:08 AM
ADS

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberi amaran kepada Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah agar tidak menjadikan suruhanjaya sebagai 'kuda tunggangan' BN.

Abdul Rashid yang kini merupakan salah seorang naib presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) berkata demikian dalam kenyataan bersama dengan Ahli Biro Politik PKR R Sivarasa, Ketua Penerangan Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.

"Kita sedar tekanan yang sedang dihadapi SPR dari parti pemerintah untuk memastikan BN kembali berkuasa pada pilihan raya umum ke-14.

"Tetapi SPR, sebagai badan yang bertanggungjawab untuk proses pilihan raya yang demokratik harus dan tidak boleh menjadi 'kuda tunggangan' BN dengan melanggar Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan suruhanjaya itu mendapat kepercayaan orang ramai," kata mereka.

Bekas pengerusi SPR dan tiga ahli parlimen itu turut mengkritik Mohd Hashim kerana memperlekehkan pembangkang.

"Semua komunikasi bertulis kami kepadanya diabaikan.

"Jelas sekali, beliau menjadi pengerusi pilihan raya paling tidak profesional dalam sejarah SPR dan secara tidak langsung mempersendakan kedudukan SPR sebagai sebuah suruhanjaya bebas dan adil kepada agensi yang semata-mata yang patuh kepada arahan perdana menteri," tambahnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen