malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Surat SPR: Pemuda AMANAH minta tarik balik jika tulen
ADS

Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat pengesahan mengenai surat yang kononnya dikeluarkan oleh setiausaha suruhanjaya, Datuk Abdul Ghani Salleh bagi menghentikan edaran salinan daftar pemilih tambahan kepada parti politik.

Jika surat itu tulen, Ketua Pemuda AMANAH Mohd Sany Hamzan menggesa SPR untuk menarik balik perintah tersebut.

""Kalau surat ini benar dikeluarkan oleh SPR, kita berasa sangat-sangat dukacita dan kesal dan mohon supaya surat ini dapat ditarik semula supaya keadilan boleh diberikan kepada kami, parti-parti politik pembangkang," kata Mohd Sany.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum Pemuda AMANAH kepada SPR di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya, hari ini.

Gambar surat itu yang bertarikh 18 April telah menjadi tular di media sosial.

Surat tersebut kononnya menyatakan SPR tidak lagi akan menyediakan salinan daftar pemilih tambahan untuk semua parti politik, sama ada dalam bentuk buku atau cakera.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen