malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Feminisme nafikan wanita sebagai penjaga rumah suami'
ADS

MUKTAMAR | Ramai wanita hari ini dipengaruhi dengan pendekatan feminis dalam memperjuangkan persamaan hak dan kebebasan mutlak.

Semua ini dilakukan, kata Ketua Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh, tanpa mengambil kira perbezaan antara lelaki dan wanita yang diciptakan oleh Allah Taala.

Ketika menyampaikan ucapannya semasa Muktamar Muslimat PAS ke-57 di Alor Setar hari ini, Nuridah bertanya: "Kemana hala tuju hak-hak tersebut, kepada siapa?"

"Adakah ia hanya untuk meletakkan wanita di laluan yang sama dengan lelaki dengan mengabaikan tanggungjawab wanita Islam? Atau adakah mereka mahu menjadi sebuah negara atau pemimpin dunia dengan mempromosikan agenda asing," soal beliau lagi.

Tambah Nuridah, wujud lebih kebimbangan mengenai perjuangan hak-hak dan kesetaraan gender yang akhirnya menafikan keberadaan sebagai penjaga di kediaman suami.

"(Jika ini berlaku) para suami atau keluarga pastinya akan gagal untuk menjadi mukminat yang boleh membantu orang lain berbuat baik, dan melarang kejahatan," katanya.

Sementara itu, Nuridah menggalakkan ahli sayap wanita PAS itu agar bekerja keras dalam membentuk hubungan dengan rakan-rakan dan penyokong, termasuk di kalangan bukan Islam.

Bagaimanapun, usaha ini mestilah berdasarkan garis panduan al-Quran dan as-Sunnah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen