malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Lebih ringgit ke poket anda‎' jadi manifesto Pemuda PAS
ADS

MUKTAMAR | "Memberi lebih ringgit kepada poket anda," itulah antara tujuh agenda ‎'Anak Muda Sejahtera' sebagai asas pembentukan tawaran manifesto PAS yang akan dilancarkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Ketua Pemudanya, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tawaran itu sebagai menyahut hasrat anak muda Malaysia yang mendambakan kehidupan lebih sejahtera.

"Pendapatan boleh guna - memberi lebih ringgit kepada poket anda," katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Muktamar Pemuda PAS ke-58, di Alor Setar hari ini.

Bagaimanapun anggota parlimen Pasir Mas itu tidak menghuraikan secara terperinci mengenai tawaran tersebut.

Berikut tujuh tawaran manifesto Pemuda PAS:

1) Pendapatan boleh guna - Memberi lebih ringgit kepada poket anda.

2) Keupayaan sara hidup - Membebaskan anda daripada kesempitan hidup.

3) Pendidikan berkebajikan - Meningkatkan kualiti hidup melalui pendidikan insani.

4) Keusahawanan belia - Membantu membina kerjaya dan pendapatan sendiri.

5) Rumah mampu milik - memiliki rumah idaman sebagai tempat berteduh.

6) Capaian pengangkutan - Mobiliti dalam dunia serba pantas.

7) Kesejahteraan hidup - Menjamin kesihatan dan keselamatan yang tersayang.

Lihat Komen