malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Izzah: HARAPAN konsisten GST sifar
Diterbitkan:  Apr 25, 2017 6:08 PM
Dikemaskini: 10:20 AM
ADS

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menjelaskan bahawa Pakatan Harapan (HAAPAN) konsisten terhadap pendiriannya mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan komitmen untuk mengenakan sifar peratus GST jika gabungan itu berkuasa.

Beliau berkata demikian selepas New Straits Times melaporkan bahawa HARAPAN tidak akan menghapuskan cukai berkenaan.

"Dalam erti kata lain, mengurangkan kadar GST kepada sifar peratus akan berkesan mengurangkan impak negatif GST apabila Pakatan Harapan diberi mandat untuk memerintah.

"Sebaliknya, kerajaan BN akan terus menindas dengan mencukai rakyat sebanyak enam peratus. Kerajaan BN memaksa GST dikenakan sejak April 2015 untuk menyelamatkan kerajaan walaupun rakyat tak bersetuju," kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Ahad lalu, NST melaporkan HARAPAN akan mengekalkan GST jika ia mengambil alih kuasa pada pilihan raya umum ke-14, meskipun tidak akan mengekalkan 6 peratus seperti sekarang.

Ia juga memetik Nurul Izzah sebagai berkata bahawa "sifar" GST adalah "selaras dengan janji (Pakatan Harapan).

"Dari segi pendirian kita, ia adalah sama dan kita juga perlu sesuaikan diri dengan mekanisme yang telah dilaksanakan," beliau dipetik sebagai berkata.

Pendekatan "sifar" juga telah digariskan dalam Bajet alternatif HARAPAN 2017.

Walaupun tidak menyebut NST, Nurul Izzah berkata kerajaan BN cuba "memesongkan perhatian daripada salah urus mereka terhadap sumber awam melalui berita palsu".

"Terlebih mencukai rakyat - terutama kumpulan B40 pada 6 peratus - boleh menjadi tragedi yang boleh dielakkan, sekiranya kita tidak ada (mempunyai) untuk mendapatkan balik kerugian kami daripada 1MDB," katanya.

Lihat Komen