malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Shafie: Iktiraf Pesta Menuai sebagai cuti umum seluruh negara
Diterbitkan:  Apr 25, 2017 4:35 PM
Dikemaskini: 10:46 AM
ADS

Pesta Menuai atau Tadau Kaamatan yang disambut oleh kaum KadazanDusun dan Murut di Sabah seharusnya diumumkan sebagai cuti umum di seluruh negara, kata Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Katanya, cuti umum selama dua hari, iaitu pada 30 dan 31 Mei sepatutnya diisytiharkan bagi  membolehkan ribuan rakyat Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia meraikan Pesta Menuai bersama-sama dengan kaum lain.

Katanya, cuti umum berkenaan juga sebagai menghormati pmimpin terdahulu masyarakat Kadazandusun Murut yang pernah memimpin negara ini.

"Pemimpin-pemimpin lalu kaum ini jugalah yang telah memastikan bahawa Sabah tidak akan dipergunakan oleh Malaya melalui beberapa siri perundingan serta penggubalan syarat dan terma yang menjadi tunjang kepada Perjanjian Malaysia 1963 yang kita pertahankan sekarang ini.

“Tetapi agak mendukacitakan apabila kita melihat ramai belia-belia KadazanDusun dan Murut kini terpaksa mencari pekerjaan di Semenanjung Malaysia sebagai pekerja kolar biru sedangkan ini bukannya apa yang diimpikan oleh pemimpin-pemimpin lalu mereka ketika bersetuju membawa Sabah membentuk Persekutuan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau juga menggesa pemimpin politik suku kaum itu dalam kabinet persekutuan iaitu Datuk Wilfred Madius Tangau dan Datuk Seri Maximus Ongkili dan Tan Sri Joseph Kurup supaya menimbulkan perkara itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kaamatan atau Pesta Menuai, adalah cuti umum di Sabah manakala Hari Gawai, festival yang sama di Sarawak adalah juga hari cuti di negeri itu.

Penghijrahan dari Sabah, Sarawak ke Semenanjung Malaysia, bagaimanapun, memaksa ramai pekerja dari kedua-dua negeri Borneo itu terpaksa mengambil cuti tahunan daripada majikan untuk meraikan hari kebesaran mereka.

Lihat Komen