malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PBB adakan himpunan kenang 3 bekas pemimpin
Diterbitkan:  Apr 24, 2017 9:31 PM
Dikemaskini: 1:32 PM
ADS

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengadakan Perhimpunan Jasamu Dikenang bagi memperingati dan menghargai sumbangan pemimpin-pemimpin negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata tarikh dan maklumat lanjut mengenai perhimpunan itu akan diumumkan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi pada 27 April ini.

"Pada mesyuarat hari ini, kami hanya membincangkan persiapan untuk mesyuarat akan datang dan menyelaraskan semua jawatankuasa kecil untuk perhimpunan itu nanti," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat ketiga jawatankuasa induk Perhimpunan Jasamu Dikenang di ibu pejabat PBB, hari ini.

Difahamkan, majlis itu bertujuan mengenang jasa Yang Dipertua Negeri Sarawak yang juga bekas Ketua Menteri Keempat Tun Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Kelima Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dan bekas Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Ketiga-tiga pemimpin berkenaan merupakan bekas presiden dan timbalan presiden PBB.

- Bernama

Lihat Komen