malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
MB Johor juga patut disiasat SPRM, kata AMANAH
ADS

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub hari ini meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut membuka kertas siasatan terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ia berikutan dakwaan kes rasuah dan penyelewengan hartanah yang melibatkan anggota exco ke­­rajaan negeri Johor, Datuk Abd. La­tif Bandi yang berdepan 33 tuduhan membabitkan nilai lebih RM30 juta.

Menurut Salahuddin, siasatan terhadap Khaled perlu dilakukan memandangkan beliau merupakan individu yang mempengerusikan mesyuarat exco.

"Saya ingin bertanya sebagai seorang rakyat. Mana mungkin kelulusan (berkaitan hartanah) dapat diperolehi hanya sekiranya melalui kuasa yang ada pada Abdul Latif sendiri.

"Dia mesti melalui proses yang mendapat keputusan secara kolektif dalam mesyuarat kerajaan negeri yang pastinya mesyuarat exco dipengerusikan oleh Khaled dan juga exco kerajaan negeri Johor.

"Oleh itu amat ganjil, pelik sekiranya siasatan ini hanya terhenti terhadap Abdul Latif seorang sahaja. Tak cukup setakat siasatan terhadap Abdul Latif, menteri besar juga harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu yang berlaku kerana dia mengetuai mesyuarat exco," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma AMANAH di ibu negara, hari ini.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen