malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Aktivis pertikai Azizah sokong Erdogan
Diterbitkan:  Apr 19, 2017 12:32 PM
Dikemaskini: 4:35 AM
ADS

Beberapa aktivis hari ini menyelar tindakan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail menghantar pesanan tahniah kepada Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan kerana berjaya dalam memorandum untuk memberikannya lebih kuasa eksekutif.

Pemimpin kumpulan peguam Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata mesej itu tidak diperlukan memandangkan pentadbiran Erdogan yang menurutnya tidak demokratik.

“Turki bawah Erdogan susah untuk dikatakan 'demokratik'.

“Berapa orang wartawan, kartunis, ahli akademik, penulis, hakim dan ahli politik menjadi mangsa tahanan bermotifkan politik di Turki sekarang?” soalnya di Twitter.

Nada sama disuarakan oleh pengarah eksekutif kumpulan antirasuah Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel.

“(Ini) kedudukan yang amat dipersoalkan untuk diambil seorang pemimpin pembangkang,” tulis Cynthia.

Dalam pesanannya semalam, Wan Azizah menyifatkan Turki sebagai teladan untuk negara membangun kerana “amalan demokrasi yang konsisten, pertumbuhan ekonomi dan keadaan hidup rakyat yang baik”.

Beliau turut menyelar “demokrasi Barat” yang kritikal terhadap Erdogan tetapi berbeza pendirian dalam soal dakwaan kleptokrasi, kawalan media dan manipulasi pilihan raya di Malaysia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen