malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Razman kongsi ‘k'jaan Melayu Islam nusantara’ PAS-Umno
Diterbitkan:  Apr 12, 2017 1:03 PM
Dikemaskini: 7:10 AM
ADS

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria hari ini mendedahkan aspirasi PAS dan Umno untuk menubuhkan "kerajaan Islam Melayu nusantara".

Razman, berkata kerajaan Malaysia selepas pilihan raya umum ke-14 akan terdiri daripada 80 ahli parlimen PAS, 40 ahli parlimen Umno dan 45 lagi wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat bagaimanapun tidak menyatakan parti mana yang diwakili oleh ahli parlimen dari Sabah dan sarawak itu.

Dalam catatanya di sebuah posting di Facebook, Razman berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi perdana menteri selepas membentuk kerajaan campuran.

Malaysiakini telah menghubungi Razman untuk ulasan lanjut dan sedang menunggu jawapannya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata PAS masih mengenal pasti jumlah kerusi parlimen yang akan ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang dan kenyataan Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang berkata parti itu mensasarkan 80 kerusi adalah tidak tepat.

Mengulas perkembangan itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli meminta PAS menyatakan pendirian jika benar parti itu mempunyai strategi untuk bekerjasama dengan Umno sama ada secara terang-terangan atau halus.

"Maka berterus teranglah kepada rakyat dan PKR supaya mudah untuk rakyat menghakimi parti-parti politik di peti undi nanti.

"Jika PAS langsung tidak berniat sedemikian dan perkongsian pesuruhjaya PAS Perak itu hanya strategi peribadi, maka wajarlah beliau diambil tindakan segera kerana 'angan-angan' itu boleh mendatangkan fitnah yang besar kepada PAS," kata Rafizi dalam kenyataan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen