malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
'Pakatan Harapan bukan Mat Sabu seorang'
ADS

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu menegaskan bahawa dukungannya terhadap usaha mengadakan semula pilihan raya tempatan tidak pernah berubah.

Menjawab peringatan “rakan baiknya” S Arutchelvan daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Mohamad menolak kebimbangan berlakunya pemisahan kaum jika pilihan raya itu dikembalikan.

“Bagaimanapun, Pakatan Harapan bukan Mat Sabu atau AMANAH saja,” katanya.

Mohamad juga berkata kesemua keputusan dalam gabungan itu harus diputuskan bersama oleh anggotanya, termasuk PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Arutchelvan semalam mengingatkan supaya mempertahankan pendirian dan “janjinya” untuk menghidupkan semula pilihan raya tempatan di negara ini.

Ia dibuat selepas Mohamad kelmarin berkata HARAPAN masih belum membuat keputusan rasmi berhubung pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan tetapi perkara itu akan dibincangkan.

Susulan itu, Arutchelvan bertanya sama ada HARAPAN bertukar pendirian susulan hujah terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata hasilnya boleh memburukkan masalah pemisahan kaum.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Mohamad berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk meyakinkan rakan-rakan dalam HARAPAN untuk mengembalikan semula pilihan raya tempatan.

“Saya harap Arul (Arutchelvan) faham,” katanya.

Pakatan Rakyat – yang dianggotai PKR, DAP dan PAS – ketika dalam pilihan raya umum 2008, berjanji untuk mengembalikan pilihan raya yang ditamatkan pada tahun 1969 itu.

Sebelum merdeka, terdapat 289 pihak berkuasa tempatan di Tanah Melayu, yang kebanyakannya dikuasai oleh golongan kiri.

[Baca berita asal]

Lihat Komen