malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Arutchelvan ingatkan semula janji kawan baiknya
Diterbitkan:  Apr 10, 2017 9:59 AM
Dikemaskini: 2:10 AM
ADS

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu diingatkan supaya mempertahankan pendiriannya untuk menghidupkan semula pilihan raya tempatan di negara ini.

Pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan hari ini mengingatkan Mohamad, yang dirujuk sebagai “kawan baik saya”, mempertahankan pendiriannya dalam isu itu.

Beliau malah mengingatkan Mohamad pada kenyataannya sendiri pada Januari dan Februari lalu bahawa perkara itu adalah janji “bagi mengurangkan nepotisme, pembaziran dan korupsi”.

“Hari ini (semalam) pula, pada 9 April 2017, Mohamad Sabu pula enggan menyatakan pendirian AMANAH mengenai isu berkenaan.

“HARAPAN masih belum membuat keputusan rasmi berhubung pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan,” kata Arutchelvan.

“Saya berharap Mat Sabu akan pertahanan posisi untuk pilihanraya kerajaan tempatan. PSM menyarankan pilihan raya di semua peringkat kerajaan tempatan, kampung, taman perumahan, JMB (badan pengurusan bersama) dan sebagainya.”

Mohamad semalam berkata HARAPAN masih belum membuat keputusan rasmi berhubung pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan tetapi akan dibincangkan dalam mesyuaratnya.

Pilihan raya kerajaan tempatan janji ditawarkan dalam manifesto Pakatan Rakyat – yang dianggotai PKR, DAP dan PAS – ketika dalam pilihan raya umum 2008.

Dalam tulisan di Facebook semalam, Arutchelvan juga bertanya sama ada HARAPAN bertukar pendirian susulan hujah terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata hasilnya boleh memburukkan masalah pemisahan kaum.

Arutchelvan berkata sebab sebenar pilihan raya itu diharamkan susulan kemenangan besar golongan kiri sebelum ini.

Lihat Komen