malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PAS ada 10 saksi di UK untuk saman Sarawak Report
Diterbitkan:  Apr 10, 2017 9:14 AM
Dikemaskini: 1:23 AM
ADS

PAS dilaporkan mempunyai “kira-kira 10 orang” saksi di United Kingdom bagi memberi keterangan di mahkamah berhubung kes saman terhadap Sarawak Report.

Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya juga sedang giat mengumpulkan saksi-saksi di Malaysia untuk turut sama membantu memberi keterangan, lapor Sinar Harian.

“Pada masa ini, kita tengah senaraikan saksi-saksi yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan United Kingdom untuk bantu beri keterangan.

“Di dalam mahkamah, saksi-saksi ini kadang-kala dipanggil dalam bentuk keterangan bertulis, affidavit dan sebagainya,” beliau dipetik sebagai berkata.

Sarawak Report sebelum ini melaporkan terdapat pemimpin atasan PAS menerima RM90, yang dikaitkan dengan dakwaan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menarik parti itu kepada Umno.

PAS telah menghantar surat tuntutan peguam kepada laman pembocor maklumat itu, yang antaranya menuntut tulisan itu ditarik balik.

Lihat Komen