malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Penalti buat pembeli batalkan pembelian Forest City'
Diterbitkan:  Apr 6, 2017 1:48 PM
Dikemaskini: 5:54 AM
ADS

Pemaju Forest City, Country Garden Holdings menegaskan pembatalan pembelian harta tanah di kawasan itu selepas perjanjian sewa beli ditandatangani dikira sebagai melanggar kontrak.

Country Garden menjelaskan, klausa berkaitan penalti, antara 10 hingga 30 peratus, akan dikenakan apabila pembeli tidak membayar atau membatalkan perjanjian sewa beli, lapor The Straits Times.

Sebelum ini, pemaju itu dilapor akan memulangkan cengkeram kepada pembeli China susulan tindakan Beijing mengetatkan dasar kawalan modalnya.

The Straits Times melaporkan bahawa kenyataan Country Garden malam semalam dilihat menyasarkan langsung kepada pembeli China.

“Terma dan syarat-syarat digariskan dalam pembelian sewa beli adalah berdasarkan undang-undang standard Malaysiua, dan set lengkap perjanijan sewa beli ini boleh didapati dalam bahasa Inggeris dan Cina di semua galeri kami di China,” menurut kenyataan itu.

The Straits Times juga melaporkan pembeli yang terikat kontrak berkata mereka tidak dimaklumkan berkaitan perubatan dasar pemulangan balik wang.

Kerajaan China pada Januari lalu melarang rakyatnya daripada menukar yuan kepada mata wang lain untuk membeli har tanah di luar negara.

Pembangunan Forest City, pulau tambak antara Malaysia-Singapura, dipasarkan meluas terhadap pelabur-pelabur China.

Ia membangkitkan persoalan kedaulatan negara, seperti dibangkitkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

[Baca berita asal]

Lihat Komen