malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
DUN P Pinang mungkin ada lebih banyak JK terpilih
ADS

Pembaharuan yang dicadangkan ke atas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang mungkin berjaya dilaksanakan tidak lama lagi setelah Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat mengkaji cadangan itu.

ADUN Bukit Tengah dari PKR, Ong Chin Wen yang mengemukakan cadangan itu tahun lepas dipanggil untuk memberi taklimat kepada ahli-ahli jawatankuasa tersebut mengenainya pada jam 10.30 pagi, hari ini.

Ong menerima notis untuk memberi taklimat kepada ahli-ahli jawatankuasa berkenaan pada minggu lepas.

"Saya bersedia untuk menjelaskan mengapa terdapat keperluan untuk melaksanakan pembaharuan perundangan," katanya kepada Malaysiakini.

Pada bulan Mei 2015, DUN Pulau Pinang meluluskan beberapa pindaan kepada peraturan mesyuarat termasuk lanjutan kepada masa soalan lisan dan sekatan ke atas wakil-wakil rakyat dari mengeluarkan kenyataan seksis.

Bagaimanapun, unsur-unsur yang lebih penting dalam badan perundangan seperti membentuk jawatankuasa terpilih untuk menyelia portfolio kerajaan yang berbeza masih belum diluluskan.

"Ramai yang kata, kerana sudah ada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), kita tidak perlu tubuhkan jawatankuasa tetap lain tetapi kita tidak boleh hanya bergantung kepada PAC untuk berperanan semak dan imbang," kata Ong.

"Mengikut definisi, fungsi PAC perlu lebih kepada pemantauan akaun kerajaan dan pengurusan kewangan termasuk meneliti hal-hal yang disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara."

Jelas Ong, masih terdapat banyak lagi dasar kerajaan dan isu yang perlu dipantau.

"Jika kita tubuhkan tiga jawatankuasa lain, maka kita boleh memantau kerajaan dengan lebih berkesan dan mempertanggung jawabkan mereka ke atas akauntabiliti."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen