malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Laporan: Pembeli China Forest City berdepan denda 30 peratus
Diterbitkan:  Apr 3, 2017 11:41 AM
Dikemaskini: 3:45 AM
ADS

Pembeli rumah di projek pembangunan Forest City di Johor dari negara China dilaporkan berada dalam keadaan seba-salah.

Selepas tidak dapat meneruskan pembelian berikutan kawalan modal dari kerajaan China, mereka kini perlu membayar denda kepada pemaju projek jika tidak mahu meneruskan pembelian berkenaan.

Beberapa pembeli yang cuba mendapatkan semula deposit 10 peratus yang dibayar kepada pemaju Country Garden PacificView Sdn Bhd (CGPV), diberitahu mereka terpaksa membayar penalti sebanyak 30 peratus daripada harga pembelian untuk membatalkan perjanjian itu.

Walaupun klausa itu sememangnya tercatit dalam kontrak jualan, pembeli memberitahu portal TODAYonline Singapura, ini tidak dijelaskan kepada mereka semasa pembelian.

"Tiada siapa beritahu saya apa-apa mengenai klausa ini, termasuk peguam yang hadir apabila saya menandatangani perjanjian itu," kata Vicky Wu, seorang pekerja berusia 42 tahun dari Guangdong.

Wu membeli sebuah pangsapuri seluas 59 meter persegi pada harga kira-kira RM693,000 dan membuat 10 peratus bayaran pendahuluan pada hari beliau melawat pusat jualan Forest City di Johor pada Disember lalu.

Beliau baru menyertai kumpulan WeChat “Quit Forest City and get refunds” yang mempunyai kira-kira 50 pembeli.

Menurutnya, beliau cuba untuk mendapatkan bayaran balik dari CGPV tetapi ditolak.

"Seluruh kejadian adalah mimpi ngeri yang saya mahu lupakan, kata Wu.

"Pemaju tolak begitu sahaja permintaan saya dapatkan bayaran balik," kata Gu Wen, yang berasal dari Chongqing yang membeli sebuah unit seluas 70 meter persegi pad harga RM950,000 sebagai pelaburan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen