malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib: 1MDB tiada lagi hutang bank, jangka pendek
Diterbitkan:  Mar 30, 2017 11:42 AM
Dikemaskini: 3:46 AM
ADS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, 1MDB yang pernah menanggung hutang sehingga RM50 bilion setakat bulan Januari 2016 telah menjelaskan semua hutang bank dan jangka pendek firma itu.

"Pada masa ini, 1MDB tidak mempunyai apa-apa hutang bank dan jangka pendek," kata Najib dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam.

Menurut beliau, 1MDB membuat bayaran balik seperti berikut:

1. Membayar penuh kemudahan kredit RM229.5 juta kepada Affin Bank pada 23 November 2015.

2. Menjelaskan sepenuhnya kredit siap sedia bernilai RM950 juta kepada kerajaan pada 31 Mac 2016.

3. Membayar balik kemudahan pinjaman berjangka RM2 bilion kepada Marstan Investment NV pada 8 April 2016.

4. Menjelaskan kemudahan pembiayaan berjangka AS$150 juta dengan EXIM Bank pada 15 April 2016.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta angka dikemaskini mengenai kakitangan 1MDB, aliran tunai, hutang dan aset firma itu.

"Oleh kerana pelan rasionalisasi berterusan 1MDB, tiada aset baru yang diperolehi (oleh firma milik negara) di dalam dan di luar negara pada tahun 2015 dan 2016," kata Najib.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen