malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Perincikan peranan dalam perjanjian Aramco, desak PKR
ADS

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk menjelaskan peranan sebenar beliau dalam 'menyelamatkan' perjanjian pelaburan bernilai AS$ 7 bilion (RM31 billion) antara Petronas dan Saudi Aramco.

Pada sidang medianya, Rafizi merujuk kepada kenyataan Abdul Rahman yang dilaporkan pada Sabtu lepas bahawa beliau berada di tempat dan masa yang betul apabila rundingan perjanjian itu tidak berjalan seperti dirancang.

"Kenyataannya memberi gambaran terdapat campur tangan (dalam memuktamadkan perjanjian itu) dan membangkitkan beberapa persoalan utama," kata Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan.

Justeru, Rafizi mahu Abdul Rahman untuk menjelaskan sama ada beliau 'memaksa' Petronas untuk mengubah fikiran dalam projek usaha sama untuk membangunkan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Petronas di Pengerang, Johor.

Dua hari yang lalu, Abdul Rahman dedahkan peranan beliau dalam perjanjian pelaburan bernilai AS$ 7 bilion dengan Saudi Aramco setelah ia tidak berjalan seperti dirancang.

Abdul Rahman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan beliau ke Riyadh pada akhir 2016 selepas rundingan perjanjian itu, yang telah berlangsung selama kira-kira dua tahun, berjalan dengan perlahan.

"Saya bertanya kepada mereka (apa yang masalah ini). Walaupun mereka tak mahu beritahu secara langsung dalam mesyuarat itu, tetapi di luar mesyuarat itu, mereka beritahu saya mereka bimbang tentang keadaan ekonomi negara kita.

"Kita bernasib baik kerana perjanjian Saudi Aramco-Petronas adalah antara (rundingan) kerajaan dengan kerajaan kerana Saudi Aramco dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi, manakala Petronas dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

"Oleh itu saya sebagai menteri, mempunyai peluang untuk menjadi pengadil bagi kedua-dua belah pihak. Oleh kerana saya berada di sana pada masa yang betul, tempat yang betul, saya berjaya mengurangkan jurang salah faham," kata beliau lagi.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau turut mempersoalkan sebab-musabab di sebalik perubahan pendirian Saudi Aramco walaupun Abdul Rahman mengakui rundingan yang berlangsung selama kira-kira dua tahun mengalami kelembapan.

"Saya ingin tahu dalam bidang tawaran sebenar yang beliau campur tangan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen