malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
MP bimbang pindaan akta kahwin-cerai diketepikan
Diterbitkan:  Mar 26, 2017 7:46 PM
Dikemaskini: 12:20 PM
ADS

Anggota Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran melahirkan kebimbangan apabila pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 bagi mengakhiri pertukaran agama kanak-kanak sepihak diketepikan.

Ini berikutan pindaan yang dicadangkan masih belum diluluskan di parlimen, dengan tempoh persidangan hanya berbaki kira-kira dua minggu.

"Saya faham ada orang yang berkuasa mahu rang undang-undang itu ditarik balik dalam apa cara sekalipun. Rang undang-undang itu akan dibahaskan minggu ini kerana ia telah disenaraikan di nombor empat dalam kertas perintah parlimen sejak dua minggu lepas.

"Sekarang dalam minggu ketiga sesi parlimen, ia telah ditolak ke nombor lapan. Ini jelas menunjukkan tidak ada keutamaan agar rang undang-undang ini diluluskan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Pindaan rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen pada 21 November tahun lepas. Ia menjelaskan bahawa kanak-kanak mesti kekal dalam agama bagi ibu bapa apabila mereka berkahwin di bawah undang-undang sivil.

Ini bermakna bahawa kanak-kanak tidak boleh ditukar kepada agama lain walaupun salah seorang ibu bapa mereka berbuat demikia, melainkan memperolehi kebenaran daripada kedua-dua ibu bapa.

Pindaan itu adalah bagimenangani isu pasangan berkahwin di bawah undang-undang sivil memeluk Islam dan menggunakan Mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak penjagaan kanak-kanak dengan secara rahsia menukar agama mereka kepada Islam.

"Ramai rakyat dan masyarakat Malaysia akan kecewa dengan langkah menangguhkan atau menarik balik rang undang-undang ini. Saya menyeru perdana menteri untuk mengotakan janjinya dan tidak tunduk kepada pelampau.

"Sebarang kelewatan dalam meluluskan rang undang-undang ini yang sudah lapan tahun terlewat, akan menyebabkan ramai yang terus menderita dalam diam," katanya.

Lihat Komen