malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Rahman pertahan peraduan esei 'Kit Siang rasis'
ADS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa menganjurkan peraduan menulis mengenai veteran DAP, Lim Kit Siang.

"Saya percaya niatnya adalah untuk mendedahkan apa yang telah diperkatakan terhadap Lim Kit Siang, bahawa dia (Lim) adalah seorang yang bersifat perkauman, anti-Islam, dan sebagainya, seperti yang Annuar beritahu parlimen.

"Jadi ini adalah bagaimana dia memberikan lebih banyak pendedahan kepada rakyat mengenai ahli politik bernama Lim Kit Siang, yang banyak dipersoalkan wataknya. Ini adalah bagaimana beliau mendedahkan mengenai Lim," katanya pada sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

Annuar menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 untuk esei terbaik bertajuk “Adakah benar Lim Kit Siang seorang rasis, anti Islam dan 51 tahun diktator?”

Lim bagaimanapun menyifatkan peraduan itu sebagai "memalukan, murahan dan politik kotor".

Sementara itu, Abdul Rahman menggesa Lim bersara daripada kerjaya politik selama 51 tahun.

Ini kerana Lim hari ini dilapor bercadang mempertahankan kerusi parlimen Gelang Patah yang disandangnya, tetapi pada masa sama mempertimbangkan persaraan beliau.

Lihat Komen