malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
LPF: Tiada elemen LGBT dalam Power Rangers
Diterbitkan:  Mar 23, 2017 9:51 AM
Dikemaskini: 3:38 AM
ADS

Lembaga Penapisan Filem (LPF) berkata ia mendapati tiada sebarang isu berkaitan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender Queer (LGBTQ) dalam filem Power Rangers dan oleh itu telah membenarkan filem itu ditayangkan.

Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Dalam Negeri berkata keputusan itu dibuat berdasarkan jalan cerita filem berkenaan yang memaparkan lima orang rakan yang memperolehi kuasa luar biasa dan bergabung tenaga untuk mempertahankan bumi dengan kuasa luar biasa.

"Berdasarkan jalan cerita dan adegan filem tersebut, LPF mendapati tiada sebarang isu berkaitan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender Queer (LGBTQ) dan filem tersebut telah diberi keputusan Lulus Bersih (LB) dengan klasifikasi P13," kata KDN.

Filem tersebut telah dirujuk kepada LPF pada 16 Mac, dan keputusan telah dibuat pada 22 Mac.

LPF berkata, ia telah melaksanakan penapisan filem tersebut dalam tempoh empat hari bekerja, di mana ia memenuhi tempoh piagam pelanggan yang ditetapkan iaitu lima hari bekerja.

"Sehubungan itu, tiada isu kelewatan keputusan penapisan filem Power Rangers dan tindakan syarikat untukk menangguhkan penjualan tiket adalah tiada kaitan dengan LFP," kata KDN.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen