malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kematian ke-4 dalam tahanan, Suaram gesa Zahid letak jawatan
Diterbitkan:  Mar 22, 2017 4:49 PM
Dikemaskini: 9:00 AM
ADS

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan berikutan isu kematian dalam tahanan.

Menurutnya, kes kematian terbaru adalah kali keempat berlaku bagi tahun ini walaupun Zahid telah berjanji untuk menangani perkara itu.

"Tidak akan ada lagi kompromi terhadap kes-kes kematian dalam tahanan kerana angkanya telah mencapai tahap membimbangkan.

"Tanpa usaha yang jelas oleh pihak berkuasa (untuk menangani isu ini), menteri dalam negeri perlu melepaskan jawatannya," kata Pengarah Eksekutif Suaram, D Sevan.

Sevan berkata kes kematian terkini membabitkan R Siva, 30, sehari sebelum lelaki itu dibebaskan dari penjara Tapah.

"Ini boleh dielakkan jika mangsa menerima rawatan awal untuk komplikasi beliau.

"Mangsa hanya dibawa ke Hospital Tapah selepas dia meninggal dunia," katanya mengulangi bahawa pihak berkuasa bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan tahanan.

Sevan berkata keluarga mangsa juga mengadu mereka tidak dimaklumkan mengenai kematian sebelum bedah siasat.

Hasil bedah siasat membuat kesimpulan bahawa lelaki itu mati akibat jangkitan dari luka di kakinya.

Lihat Komen