malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
FGV sedang mencari rakan kongsi, kata CEO
Diterbitkan:  Mar 22, 2017 3:49 PM
Dikemaskini: 7:55 AM
ADS

Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) sedang berunding dengan beberapa syarikat, termasuk firma-firma China bagi menjalinkan perkongsian bertujuan mengembangkan rangkaian pengedaran dan kemudahan kewangan.

Memetik laporan Reuters, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad berkata, pihak mencari rakan kongsi untuk tujuan itu dan bukannya pelabur.

Zakaria yang tidak menamakan mana-mana syarikat yang terlibat dalam perundingan tersebut menambah, keputusan mengenai perkongsian itu akan dimuktamadkan dalam masa sebulan dua lagi.

"Kami mencari rakan kongsi perniagaan untuk kerjasama jangka panjang. Bagaimanapun, jika rakan kongsi mahu membeli kepentingan dalam pasaran terbuka, tiada apa yang boleh saya lakukan," kata Zakaria, memetik laporan yang sama.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan China National Cereals, Oils and Foodstuffs Corporation (Cofco) serta Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dikatakan berminat untuk membeli kepentingan dalam FGV.

Laporan tersebut menyebabkan harga saham FGV melonjak 14 peratus.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, FGV buat masa ini sedang berunding dengan beberapa firma dari China dan dalam masa yang sama, turut meninjau peluang yang sama dengan syarikat lain dari India, Timur Tengah dan Africa Utara.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen